Loading...
nasional

Ketua Pemuda Umno Kuala Sawah Mati Ditikam Adik Sendiri.

kes bunuh ketua pemuda umno kuala sawah

SEREMBAN: Ketua Pemuda Umno Kuala Sawah, Norhaidi Mat Yusop meninggal dunia setelah ditikam oleh adik kandungnya sendiri di rumah ibu mereka terletak di Taman Bukit Sejati dekat sini.

Kejadian itu berlaku ketika kedua mereka dipercayai bertengkar yang membawa kepada insiden menikam lebih kurang jam 7.30 pagi tadi (Isnin).

Menurut Ketua Polis Seremban, AC Thiew Hock Poh, jiran mereka berjaya meleraikan pertelingkahan itu termasuk merampas senjata yang dipegang oleh tertuduh (adik) yang berusia 31 tahun.

Menurut Thiew lagi, Norhaidi yang cedera akibat tikaman itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk diberikan rawatan.

Suspek akan dihantar ke Mahkamah Seremban pada 7 November nanti untuk pendakwaan yang mana kes adalah diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302.

Menurut Sinar Harian, jiran yang dikenali sebagai G. Yuvarajah, 21, telah terjaga berikutan terdengar ibu mangsa dan suspek berteriak meminta pertolongan.

Yuvarajah menyatakan lagi, yang mangsa seperti biasa menghantar anaknya ke rumah ibu mereka dan, pada pagi itu Yuvarajah terlihat suspek sedang mengejar mangsa menggunakan sambil memegang sekop, lalu terlihat mangsa telahpun terbaring dengan punggung berlumuran darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *